Make your own free website on Tripod.com

Gen18 de la Matri

Home | Album Gambar

Dinamik Kreatif Inovatif

Welcome graphic

Ahlan Wasahlan!
 
Laman Gen18 de la Matri merupakan laman web rasmi Persatuan
Generasi ke-18 Matri. Ia menawarkan pelbagai informasi dan
perkembangan terkini tentang persatuan ini. Semoga usaha ini dirahmati
Allah S.W.T. Wallahu'alam...

Matlamat kami...

Mencapai redha Allah Azza Wa Jalla

dsc00584.jpg


People shouting at the world over megaphones; Size=240 pixels wide

Buletin Gen18

Nampaknya tahun 2006 hampir membuka tirai. Tak sabar rasanya untuk menjejak kaki ke Matri lagi. Pada tahun depan kita akan menjadi seorang pelajar tingkatan 3. Nampaknya sesudah 2 tahun kita di Matri, akhirnya kita hampir menjejak kaki ke satu tahap kematangan Intelligent Quality(I.Q.), Emotional Quality(E.Q.) dan Spiritual Quality(S.Q.). Disini ada suatu persoalan yang sepatutnya kita tanya diri kita sendiri, apakah kita selaku bakal pelajar tingkatan 3, selaku pelajar yang akan mengambil satu peperiksaan awam yang agak penting yakni PMR akan membuang sikap kebudak-budakan kita di Tingakatan 1 dan 2?
Sesungguhnya, waktu inilah kita menunjuk kematangan diri kita selaku muslim sejati.

Mari kita renung kembali...pada tahun 2003 dan tahun 2004 yakni pada kita tingkatan 1 dan 2, kita masih diselubungi era ketidakmatangan. Dan ini menyebabkan kita agak nakal dan banyak membuat kesalahan meskipun sudah banyak kali kita ditegur. Sesungguhnya, itu waktu dulu. Dulu kita tak matang lagi. Tapi sekarang. Sekarang, kita tingkatan 3. Kita akan mengambil PMR. Sekarang kita berumur 15 tahun. Satu umur dimana tahap kematangan seorang lelaki tercapai. Dimana seorang lelaki sejati akan mencapai baligh. Sesungguhnya, memang perlulah kita tinggal sikap keanakan tersebut atas kebaikan diri kita sendiri dan juga orang lain. Kita perlu ingat, tahun depan kita akan menerima adik-adik yang baru. Adik-adik kita yang akan datang ini memerlukan abang yang matang yang sesuai untuk qudwah hasanah. Mungkin, kita akan fikir "takpe, aku tak baik takpe. ade orang lain yang baik boleh jadi qudwah hasanah depa". Ya, betul. Tetapi, tidak malukah kita menonjolkan sikap ketidakmatangan kita kepada adik-adik kita? Tidakkah kita berasa malu kepada Allah tidakpun kepada diri sendiri kerana digelar "Abang yang macam budak-budak"? Sama-samalah kita renung kembali kata-kata Arwah Pak Man sewaktu di Kem Jatidiri dahulu dan renungilah kembali janji kita kepada diri kita sendiri sewaktu kem jatidiri dulu. Wallahu'alam. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang yang buruk datang dari diri ana sendiri. Sekian, wassalam...
 
p/s:al-Fatihah untnk Arwah Pak Man. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas Arwah Pak Man yang kita kasihi...



Laman Web Matri! http://www.matri-perlis.com

Mailing Address:

dua_ali@yahoo.com.my